Pesan Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad

Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad acapkali berucap pasti akan mengingatkan masyarakat kampung agar beramai-ramai berjamaah di surau berbanding sembahyang sendirian di rumah.

Lazimnya, bila ada kenduri masyarakat lebih mementingkan kenduri berbanding datang ke surau kerana ikatan yang kukuh adalah silatur rahim berlandaskan ukhwah.

Bukan bermakna kendiri hendak diketepikan tetapi itulah kesalahan yang patut diperbetulkan kerana ramai individu lebih bimbang tidak hadir ke kenduri sedangkan berjamaah di rumah Allah dipermain-mainkan.

Jesteru itu beliau berharap masyarakat kampung mengerti ucapanya bagi mengimbangkan soal kemasyarakatan dan seruan Ilahi.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger