Rombongan peninjau PAS Guar Kepayang ke Taman Reakrasi Sungai Riau, Sedim

 Rombongan peninjau PAS Cawangan Guar Kepayang sempat bergambar di rumah salah seorang penduduk yang digelar Tok Batin, Sedim

Fozi dan Anuar sempat meninjau keseluruah perkarangan rumah Tok Batin.  Gayanya maca nak bawa balik ideal ke Guar Kepayang.

Rumah Tok Batin tersergam indah diperbuat daripada buluh berbumbungkan atap.. kelihatan 'gah' terletak berhampiran jalan menuju ke Taman Rekrasi Air Deras, Sedim

Ketua Cawangan PAS Kg Guar Kepayang, Ustaz Saleh nampak macam Wakil Rakyat meninjau permasalahan peparitan bersama Ketua PAS Cawangan Lindungan Raja, Ishak Mohd Daud.

Ni ... dia Taman Reakrasi berkenaan.  Nak masuk bukan ada jalan tar mujur dekat saja...

Ketua PAS Cawangan Kg Lindungan Raja, Ishak Mohd Daud merangkap tukang masak untuk rombongan dari PAS Guar Kepayang ke Sedim

Tu... dia yang dikatakan Tok Batin, Sedim duduk tunggu rombongan tanpa baju serta seluar separa lutut.

Ustaz Saleh bersalaman dengan Ishak sebelum berangkat pulang dari melawat tapak reakrasi.

Pengurus Reakrasi Sungai Riau bergaya sakan... 

Keakraban antara dua cawangan terjalin mesra walaupun baru sahaja berkenalan.

Nampak seakan tempat Al-Maunnah bersembunyi di Bukit Jenalik sahaja. Apa pun bukan tempat merekrut anggota bawah tanah tetapi sekadar datang rehlah mandi manda dan bersukan secara santai.

Amboiii... jenihnya air sesuai untuk kanak-kanak mandi hatta remaja mahupun veteran membasahkan tubuh.

Saudara Alias Ahmad sempat berbual dengan Saudara Ishak di salah satu danau di kawasan Reakrasi Sungai Riau.

Gambar kenangan ketika merehatkan badan di salah sebuah danau.

Jalan betul-betul jangan sampai jatuh ke sungai sudahhhh...

Rombongan dijamu secara ala kadar sebelum di bawa melawat tapak raekrasi oleh jentera cawangan Kg Lindungan Raja

Taklimat reakrasi pilihan diberikan oleh Setiausaha PAS Cawangan.  Ada tiga lokasi tapi rombongan pilih yang nombor satu.

Sekali pandang macam rombongan meminang sebenarnya tidak.  Cuma nak wujudkan program bersama antara dua organisasi siasah Islamiah.

Kelihatan Fozi sedang bersalaman dengan tuan rumah yang sanggup mempertemukan dua organisasi parti sambil diperhatikan oleh Ustaz Saleh Zainudin.

Kesimpulan
PAS Cawangan Kg Guar Kepayang akan mengadakan program Rehlah ke Taman Reakrasi Sungai Riau, Sedim pada 24hb, Julai 2010 akan datang.  Ia adalah program kedua untuk tahun ini dan akan menyusul berbagai program lain pada bulan yang mendatang.

Kepada penduduk yang berasal dari Kampung ini yang ingin menyumbangkan sumbangan menjayakan program tersebut bolehlah menghubungi saya, Mohd Sabri Said di talian 019-4461717.

Insya Allah kewangan yang anda berikan akan dibalas oleh Allah s.w.t di akhiran kelak.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger