Minum petang bersama rakyat Palestin pada 10hb, Julai 2010.

Pada hari Sabtu ini 10hb, Julai 2010 seorang rakyat Palestin berasal dari GAZA, Ismail Abu Jarrah dijemput untuk memberikan penerangan berhubung isu keganasan rejim haram Israel yang tidak putus-putus melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk sesiapa sahaja yang ingin membantu menghantar bantuan
ke sempadan GAZA.

Usaha sama itu dibuat antara Dewan Ulamak PAS Negeri pimpinan Ustaz Soid Mohd Amin dan PAS Cawangan Kampung Kepayang pimpinan Ustaz Saleh Zainuddin dengan mengenakan sumbangan RM5.00 seorang untuk menjamak makanan sambil mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh tetamu jemputan.

Semua warga Kampung Guar Kepayang tidak kira apa jua latar belakang perjuangan politik dijemput hadir untuk bersama-sama menghayati keluhan rasa, rintihan kesedihan, kata-kata semangat dan meniup api perjuangan rakyat Palestin yang selama ini tertindas oleh kaum yang zalim.

Jangan lepas peluang penerangan darinya yang kini sedang belajar di Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.  Program berkenaan akan bermula selepas Solat Asar iaitu pukul 5.30 petang.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger