Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua terima dua jenazah..

Hari ini 26hb, November 2009 Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua menerima dua jenazah serentak.

Di Kampung Guar Kepayang jenazah Allahyarhamah Hajjah Che Wa Haji Ahmad kembali kerahmatullah sekitar jam 8.00 malam akibat sakit tua. Manakala di Permatang Sungai Dua taukeh kedai, Allahyarham, Haji Ismail Bakar meninggal jam 2.00 pagi kerana sakit penat.

Siapa yang tidak kenal dengan Tok Cik Che Wa ibu mertua kepada Pak Dak Mahmud yang selalu berniaga samada rambutan, durian dan lain-lain lagi.  Antara anaknya lagi ialah Pak Jang Latif yang bertugas
di Lembagai Pertubuhan Peladang (LPP) Pokok Sena dan Pak Lang Abdullah yang kini agak uzur.

Allahyarham Haji Ismail pula ialah Bendahari Masjid Tuan Samad sehingga kini.  Sebenarnya ramai yang terkejut bila mendapat tahu kematianya kerana kelmarin sahaja beliau masih berniaga dan bergurau dengan pelanggan di kedai miliknya.

Kedua-dua jenazah mereka dikebumikan hanya perbezaan satu jam sahaja.  Allahyarhamah Hajjah Che Wa pada pukul 11.00 pagi dan Allahyarham Haji Ismail pada jam 12.00 tengahari.

Apa pun sebagai manusia seagama dengan mereka marilah kita berdoa agar roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang solihin.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger