Bengkel Asas Photoshop menyeronokan walaupun ada yang memeningkan.

Apa boleh buat ada yang faham, ada yang tidak faham dan ada yang terlebih faham.  Itulah yang boleh dirumuskan pada program 'Bengkel Asas Photoshop' yang dilaksanakan oleh Biro Penerangan dan Multimedia Surau Kampung Guar Kepayang baru-baru ini.

Ramailah bawa komputer riba masing-masing untuk mempelajari teknik dan kaedah terkini bagaimana untuk 'edit' gambar supaya lebih cantik, gebu dan sehingga ada yang tidak percaya bila menatapnya ekoran terlalu 'edit', habis ditukarnya menjadi gambar baru.

Gambar asal diambil tepi bendang tapi bila selesai 'edit' dah jadi macam duduk dekat Perancis, Australia, Liverpool, Surabaya, Kemboja, Ladang Epal, New Delhi atau paras tertinggi pergunungan Everest.

Lepas ni bila pandai semua, saya raya banyaklah gambar rekaan akan wujud dalam facebook seolah pernah melawati atau tinggal di sana.

Namun, bagaimana pun usaha yang ditunjukan mereka yang berpengalaman amat bermakna buat kami
yang tidak pernah mendekati photoshop.
























Rawatan Darussyifa anjuran Jemaah Ibubapa PASTI (JIBG) dengan kerjasama PASTTI Nurul Iman Kampung Guar Kepayang yang julung kali diadakan mendapat sambutan luar jangkaan.

'Darussyifa' turun kampung' begitulah yang boleh diberikan kepada perawat Darussyifa' yang baru-baru ini memberikan perkhidmatan di Kampung Guar Kepayang.

Seramai 20 orang perawat Darussyifa' termasuk dua orang peguam dari RMH Tranning memberikan khidmat guaman serta seramai enam orang jururawat turut menabur bakti kemasyarakatan terhadap  penduduk setempat.

Seramai 170 orang pesakit sempat di rawat dan ini merupakan paling tinggi dalam sejarah perawat Darussyifa' yang melakukan khidmat di luar pusat mereka di Surau At Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas.

Pesakit yang datang bukan hanya dari Kampung Guar Kepayang atau kampung persekitan malahan dari luar Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan perubatan cara Islam yang diasaskan oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu Dato' Harun Din Al Hafiz.

Semoga majlis kelolaan Jemaah Ibubapa dan Guru PASTI (JIBG) dengan kerjasama PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang akan berterusan demi mendekatkan institusi pendidikan pra sekolah dengan masyarakat.












Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger