Khemah Ibadat bakal diadakan di Surau Kampung Guar Kepayang tiga malam berturut-turut.
Surau Kampung Guar Kepayang akan menganjurkan program khemah ibadat tiga malam berturut-turut bermula 21 sehingga 24 November 2013.
Menurut Pengerusinya, Cikgu Saad Haji Ahmad, program berkenaan dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang beberapa info yang mungkin ramai tidak mengetahui.
Bacaan Yassin Perdana pada 21hb, November akan bermula selepas Magrib diikuti malam kedua 22hb, November 2013 tayangan video cara-cara mengerjakan Umrah dan Haji.
Malam ke tiga iaitu 23hb, November 2013 pula akan diadakan pertandingan teh tarik, buat kuih dan cabutan bertuah manakala pada 24hb, November 2013 pula majlis gotong royong diadakan bermula jam 8.00 pagi.
Untuk mendapatkan borang pertandingan cucur udang boleh bertemu Saudara Hasnan Ali. Johan akan menerima RM100.00 kedua RM70.00 dan tempat ke tiga RM50.00.
Pertandingan teh tarik pula peserta yang berminat boleh bertemu Saudara Aziz Ismail. Pertandingan tersebut menawarkan hadiah bernilai RM65.00 untuk tempat pertama. Tempat ke dua RM45.00 dan tempat ke tiga RM25.00..
4:57 PM | Labels: berita | 0 Comments
Sambutan 25 tahun PASTI Nurul Iman penuh gilang gemilang
Alangkah indahnya 9 dan 10 November 2013 lalu kerana hari berkenaan begitu bersejarah bagi PASTI Nurul Iman kerana sambutan ulangtahunya yang ke 25 setelah penubuhanya pada tahun 1988.
Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, Dr. Roseman Abdul Rahman disambut dengan paluan kompang oleh kumpulan Cabaran Mutiara dari Permatang Kerai Besar. Selain beliau turut diraikan olah YB Permatang Pasir, Dato' Saleh Man dan YDP PAS Tasek Gelugor, Ust Khalid Man.
Selain bersama meraikan majlis. antara agenda utama ialah memberikan beberapa anugerah kepada bekas guru PASTI, bekas Pengerusi PASTI Cawangan, anugerah kepada bekas Pengarah PASTI Negeri dan tokoh PASTI diberikan kepada Pengarah PASTI pertama, Cikgu Zahadi Mohamad.
Sebelah petang pula program sejam bersama Dato' Ustazah Ashah Ghazali menyusul kemudian penyampaian hadiah pelajar PASTI 2013.
Sebelah malamnya ada persembahan pelajar PASTI dan adik Hanan Atirah Nazli serta ceramah oleh Pegawai Agama Kubang Pasu, Sheikh Faisol Hj Omar.
Keesokanya rawatan Darussyifa', taklimat As Sohwah Life, persembahan silat dan paling menyeronokan ialah pertunjukan udara manakala sebelah malamnya pula orang ramai didedahkan dengan ceramah isu semasa.
1:34 AM | Labels: berita | 0 Comments
Sukaneka Kampung Guar Kepayang 2013 meriah penuh dengan warna warni
Melihat kepada peserta tertamanya yang mengambil bahagian pada Suaneka Kampung Guar Kepayang 13 begitu membanggakan kerana dapat menganjurnya program tahunan.
10:58 PM | Labels: berita | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)









































































