Surau Guar Kepayang anjur kelas Tahfiz

Boleh di katakan pelajar sekolah samada yang tinggal di asrama atau sekolah rendah atau menengah sekitar Kampung Guar Kepayang didedahkan dengan pembelajaran Tahfiz.

Kelas tersebut sebenarnya telah bermula pada cuti akhir tahun lalu di  mana seramai 26 orang pelajar lelaki telah selesai menghafal ayat-ayat lazim.

Kalau nak jadikan mereka imam bagi surau ia merupakan perkara 'enteng' tambahan lagi mereka bukan sahaja diajari tentang teknik hafalan malahan budi pekerti yang mulia yang seharusnya ada pada setiap orang muslim.

Langkah yang dilaksanakan oleh pihak surau sememangnya harus dipuji oleh banyak pihak kerana mempunyai sasaran yang positif dan bermatlamat tinggi selain daripada menyemai pelapis imam-imam kecil bagi menggantikan imam-imam sekarang yang sering uzur.

Pada penghujung pembelajaran tahun lalu seperti biasa 'sijil' diberikan kepada pelajar terbabit sebagai penghargaan yang tiada ternilai.

Jika hendak 'test' pelajar itu bila-bila masa pun boleh sebab hafalan mengajar mereka untuk terus menghayati surah-surah Al-Quran tambahan lagi ada setengah antaranya terus menjadikan Tahfiz sebagai bidang persekolahan di Lanai, Baling atau kata lain belajar Tahfiz.100 %.

Tentu ibubapa merasa sejuk hati anak-anak mereka dapat menghafal walaupun surah lazim kerana jarang anak-anak sekolah boleh buat demikian kecuali lahir kesedaran di kalangan ibubapa mereka sendiri.

Macam tahun lalu tahun 2009 ini pun kelas seumpama itu diwujudkan oleh surau demi melihat kecemerlangan bukan sahaja di bidang akademik bahkan di bidang agama sebab bidang agama sebenarnya penyelamat umat bila berada di alam akhirat kelak.

Seramai 30 orang pelajar telah menyertai kelas berkenaan bagi tahun 2009 tetapi kali ini terbuka kepada pelajar perempuan sama berbanding tahun sebelumnya.

Kini, semuanya akan berakhir pada hari Khamis 31hb, Disember 2009 apabila semua pelajar itu akan diberikan sijil penghargaan bertempat di surau Guar Kepayang selepas Insya.

Apa pun semua pihak kena berterima kasih pada tenaga pengajar yang telah mencurahkan bagaimana menjadikan Al-Quran terpahat dalam jiwa, kekal dan boleh menterjemahan maruah diri yang tinggi.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program bernilai itu semoga di tahun depan majlis yang bermanafaat itu di perlebarkan kepada pelajar luar kampung agar nampak lebih terbuka dan efesyen tidaklah nampak seolah 'tertutup' sahaja.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger