Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman mula sessi pengajian.

Oleh:  Tuba

Seperti biasa pada bulan Januari setiap tahun Pusat Asuhan Tunas Islam atau ringkasnya PASTI Nurul Iman Kampung Guar Kepayang mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat setempat termasuk mereka yang datang dari Merbau Kudung, Permatang Sungai Dua, Kampung Setol, Permatang Haji Hasan mahupun Simpang Empat Permatang Buluh.

Sessi persekolahan dimulakan dengan mesyuarat pada malam Jumaat lepas di mana berbagai agenda diperbincangkan antaranya perubahan struktur organisasinya kepada kawalan Pemuda PAS Cawangan bukan lagi di bawah penguasaan cawangan.

Namun, untuk menjamin ianya bergerak seperti biasa keputusan mesyuarat hari itu masih memberikan hak penjagaan kepada cawangan di samping melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari kepada golongan muda untuk menimba pengalaman sebelum mengambil tanggungjawab yang diamanahkan.

Seramai 30 pelajar berumur 6 tahun dan 35 orang pelajar 5 tahun belajar di sini.  Tenaga pengajar yang sedang bertungkus lumus ialah Cikgu Zaleha Hasan, Cikgu Nor Azah Hashim, Cikgu Jamaah Abu Seman dan seorang guru baru yang juga bekas pelajar PASTI sini, Cikgu Rosnah dari Merbau Kudung.

Berbagai rencah wujud pada mula persekolahan maklumlah ia  merupakan dunia baru bagi kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun untuk menempuh alam persekolahan.  Bila sudah biasa dengan suasana seumpama itu barulah mereka tidak kekok menempuh alam persekolahan sebenar bila berusia 7 tahun nanti.

Yang 'best'nya PASTI Nurul Iman pernah menjadi johan bola sepak peringkat kawasan Tasek Gelugor dan terpilih beberapa orang pemain mewakili negeri Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Melaka tahun lepas.

Lagi 'best' peringkat awal latihan gurunya sendiri sendiri menjadi jurulatih kepada kedua-dua skuad iaitu bola sepak dan bola jaring sebelum memperolehi juru latih berbakat dari Sungai Dua.

Apa pun sekalung tahniah kepada guru-guru yang berpenat, berpeluh mengeluarkan tenaga mengajar beberapa tip bagaimana untuk menendang, mengelicik atau menyumbat gol ke gawang lawan.

Di bawah ini maiguarkepayang memaparkan beberapa peristwa yang sempat dirakamkan semasa sessi persekolahan dan semasa menaiki van yang dipandu oleh 'Pak Long Razak' seorang yang baik, pandai mengambil hati kanak-kanak dan sanggup membantu PASTI mulai tiga tahun lepas apabila menawarkan perkhidmatan van kepada pelajar yang tinggal sekitar Permatang Sungai Dua, Permatang Buluh, Permatang Haji Hasan atau Kampung Setol.

Sikapnya yang ramah dengan pelajar menyenangkan ibu bapa apabila mengharapkan tanggungjawab kepadanya untuk membawa pelajar PASTI datang atau kembali semula ke rumah masing-masing.


Tengok tu betapa rajinya Cikgu Rosnah mengajar pelajar PASTI dengan menggunakan multi media. Kalau macam ni pelajar mana yang tak suka nak ke sekolah... boleh tengok gambar dalam komputer.


Bagi pendapat hang... syok dak ke PASTI.??... Mungkin itu diperkatakan oleh salah seorang pelajar PASTI yang menuntut di PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang sessi 2010.


Tu dia....!!!  lagi dua orang tenaga pengajar di PASTI Nurul Iman yang berpengalaman luas.  Sedang mengira perbekalan baru ialah Cikgu Zaleha Hasan manakala yang duduk di sebelahnya ialah Cikgu Nor Azah Hashim.


Kami seronok di PASTI.....Kami tak takut cikgu yang nak ajar kami sampai pandai dan boleh berjaya dalam berbagai bidang yang diminati kelak.  Asalkan jangan lupa jasa guru yang membentuk dari awal sudahlahhh...


Di PASTI kanak-kanak diajar menghormati guru.. tidak bersikap kurang ajar pada ibubapa, orang tua dan berbaik sesama Islam.. Kelihatan Cikgu Jamaah Abu Seman sedang bersalaman dengan pelajar selepas sessi persekolahan selesai jam 11.00 pagi setiap hari.


Ini pula Pak Long Razak pemandu van PASTI yang pandai mengambil hati pelajar... tidak hairanlah pelajar selalu diberikan hadiah gula-gula jika ada yang menangis ketika menaiki vanya ke sekolah mahupun perjalanan pulang ke rumah.  Sekalong tahniah kepada Pak Long Razak atas usahanya itu.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger