Mempromosikan jualan sempena Pesta Sukan PASTI Malaysia Kali Ke 6 di Komplek Sukan Bertam

Rahmat turut membantu menjayakan perniagaan emak saudaranya yang berniaga bersama aktivis muslimat Kampung Guar Kepayang,  Beliau bertugas mengupas buah untuk dibuat rojak.  Dengar kata depa untung besar.

Puan Mardiah merupakan salah seorang tongak utama projek kuih di Kampung Guar Kepayang.

Shidah isteri kepada Adnan Hashim juga tidak boleh diketepikan kerana beliau adalah aktivis yang ringan tulang senang berkerja untuk menjayakan sesuatu projek.

Kak Norain juga apa kurangnya senang diajak bertugas tanpa banyak persoalan.

Yang ni pula mesti semua kenal.  Taukeh kuah mee sepanjang Ramadhan, Hajjah Rodiah yang sering mencetuskan semangat buat mereka yang mahu maju.

Juru jual yang berpotensi iaitu Jat dan Fa'it tidak putus-putus menerima duit dari pembeli.

Sungguh laris jualan kerepek pisang, buah rotan, kuih siput, nasi lemak dan lain-lain.  Nampak gayanya perniagaan mereka ini harus diperluaskan.  Bila ada tempahan banyak nanti jangan main-main buatlah bersungguh-sungguh supaya rata-rata dapat tambah pendapatan sampingan.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger