Guar Kepayang jadi pulau semula.

Assalamualaikum... pejam celik.. pejam celik dah pun masuk musim membajak dah kepada orang yang mengerjakan sawah padi khususnya warga Kampung Guar Kepayang.

Hari ini 15hb, Mac 2011 air dah mula masuk ke taliar dan dua tiga hari lagi berlenanglah air dalam petak sawah tambahan lagi hujan dan mula turun beberapa minggu lalu petanda kemarau dah tamat. 

Bagi Pak Tani inilah masanya mereka bekerja semula menyembur racun batas, racun anak padi, perbetul batas yang pecah kena traktor atau jentera padi.  Sebulan juga mereka duduk goyang kaki tapi tak apa goyang-goyang pun masuk juga sebab kali ini boleh dikatakan 90 % hasilnya memuaskan.

Bagi pekerja sektor lain serupa sahaja masuk tengah bulan mulalah gelabah dan jikalau ada sumber lain legalah rasanya dapat tampung perbelanjaan yang melambung bukan main tinggi macam wau di langit.

Seperti biasa di mana-mana kampung tiba saja musim cuti sekolah maka ramailah pula nak kenduri melangsungkan perkahwinan anak atau cucu.  Kali ini letihlah ketua pasukan masak seperti Pak Dak Shariff, Pak Jang Man ataupun sesiapa sahaja yang menjadi kawan api setiap pagi di rumah kenduri.

Tapi, tak apa sebab semua petugas akan diberikan imbunan terkini bunga telur, beg yang mengandungi kuih, sapu tangan untuk lap peluh atau trend baru bagi jag air seorang satu.

Bagi pelajar sekolah pula apa lagi 'hore-hore' lah bertandang ke sana ke mari ada berbasikal ke hulu ke hilir serta yang lebih berani bermotorsikal walaupun ada setengahnya kaki pun tak sampai pijak tanah.  Naik bukan main laju sampai ada yang 'berdoromen muka'..

Ok nanti ada cerita lagi Tuba akan selitkan... selamat berjumpa lagi,

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger