Kak Cik Hendon meninggal dunia

Kira-kira pukul 1.40 pagi pada 5hb, Februari lalu Kampung Guar Kepayang kehilangan seorang lagi warganya iaitu Allahyarhamah Aminah Ahmad atau lebih mesra dipanggil Kak Cik Hendon.

Tentu mereka yang dah lama tinggalkan kampung ni tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan.  Kepada anak jati kampung ini mesti kenal Pak Teh Mat yang tinggal hujung kampung sebelah rumah Pak Lang Chin yang dulu halaman rumahnyalah kita sama-sama main guli atau gasing sebab tanahnya yang agak keras dan rata.

Ataupun main wau dan cari ikan temekung di dalam ban di belakang rumahnya.  Pasti teringat lagi titi (jambatan) kayu usang yang sering menjadi tempat melompat ketika mandi manda ketika air bendang mula sampai.  Airnya jernih dan sejuk menyebabkan ramai yang berminat terjun terpacak kepala, ada yang buat gaya akrobatik dan sebagainya.  

Allahyarhamah meninggalkan suaminya Bakar Bidon dan 6 orang anak yang antaranya membuka bengkel
 GK Motor di hadapan jalan Kampung Guar Kepayang.

Semoga rohnya dilimpahi rahmat,  Al Fatihah

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger