Kempen 'Jom Solat Jemaah'
'Jom Solat Jemaah' itulah kempen yang diperkenalkan oleh Pengerusi Surau Kampung Guar Kepayang, Cikgu Saad Haji Ahmad untuk tahun 2011. Kempen tersebut akan diadakan pada 3 - 6 Disember 2011 nanti.
Pada sebelah malam majlis perasmian 3hb Disember itu akan diadakan majlis 'Bacaan Yasin Perdana'. Malam kedua 'Kuliah Perbuatan Dalam Solat' manakala pada 5hb, Disember pula akan berlangsungnya kuliah 'Kelebihan Solat Jemaah' oleh Ustaz Hafizi.
Pada pagi 6hb, Disember pula program kepemudaan akan menyusul. Gotong royong mengindahkan perkarangan surau terutamanya membuat beberapa garisan tempat letak kenderaan, garisan putih dipersimpangan yang diketogarikan bahaya sepert depan rumah Tok Dak Ibrahim.
Semua itu bermatlamat memberikan peringaran kepada masyarakat betapa pentingnya hadir ke surau untuk berjemaah. Kalau tidak semua waktu pun paling kurang kelihatan muka juga bukan macam ada sesetengah individu walaupun tinggal dalam kampung ini puluhan tahun namun untuk melihat kaki menjijaki tangga surau pun setahun sekali.
Kepada anak muda marilah kita menyenggah ke surau yang kita cintai semoga dirahmati oleh Allah s.w.t sepenuhnya. Biarlah hidup kita mendapat keberkatan memandangkan kita hanya menumpang di muka bumi miliknya.
Insya Allah semua kenderaan terutamanya kereta akan dibekalkan satu pelekat kempen tersebut. Semua akan dibahagian pada malam perasmian itu kelak.
1:42 AM | Labels: berita | 0 Comments
Mohd Zain Othman kembali ke rahmatullah
Mohd Zain Othman 47 anak kepada Pak Jang Man yang sering kayuh basikal tuanya (sekarang dah tukar basikal muda sedikit) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Pulau Pinang pada hari Jumaat lepas iaitu 28hb, Oktober 2011.
Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Tuan Haji Samad Permatang Sungai Dua pada sebelah malamnya selepas solat Insya.
Allahyarham terlantar sakit begitu lama setelah tidak sedar diri akibat penyakit darah tinggi yang melampau.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat selamanya. Amin....
12:56 AM | Labels: berita | 0 Comments
Majlis Aidil Fitri Kg Guar Kepayang 2011
Amboi nampak seleranya semua hidangan. Ada mee kari, bihun goreng, ketupat, lemang, ais kacang dan laksa. Itulah antara gelagat masyarakat Kampung Guar Kepayang dengan kehadiran sebahagain individu dari kampung berdekatan.
Sempena Aidil Fitri lalu cukup menyeronokan kerana dapat makan bersama dalam satu majlis yang penuh dengan kegemilangan, kemesraan, kasih sayang serta lainya.
Kampung Guar Kepayang antara kampung di Seberang Perai yang aktif mengadakan jamuan Aidil Fitri setiap tahun semata-mata untuk memastikan keseluruhan masyarakatnya hidup dalam penuh perpaduan.
12:43 AM | Labels: berita | 0 Comments
Gotong royong tetap ceria di Kg Guar Kepayang
Semangat gotong royong tetap utuh di Kampung Guar Kepayang walaupun di kampung lain ia mula pudar ekoran kesibukan mencari rezeki.
Gotong royong tajaan surau itu selain bermatlamat menjalinkan ukhwah sesama masyarakat ia dapat juga menyemai perasaan sukakan kebersihan kerana keindahan memang di galakan dalam Islam.
Bila surau bersih kita beribadat pun selesa. Bukan macam setengah surau tahi cicak sana sini jatuh atas karpet. Bila sujud dalam sembahyang baru nampak. Bila kejadian macam itu bererti sesebuah surau itu tidak diimarahkan. Sembayang fardhu pun tinggal 'tukang bang' dengan 'imams sahaja' Tok Siak pun hilang entah ke mana?
10:04 PM | Labels: berita | 0 Comments
Jamuan Aidil Fitri di Kg Guar Kepayang. Mai la jangan tak mai.....
Pada hari Jumaat ni 16hb, September 2011 sama dengan Sambutan Hari Malaysia, PAS Cawangan Kg Guar Kepayang akan mengadakan Jamuan Aidil Fitri 2011.
Program akan bermula lepas Insya dengan berbagai juadah antaranya mee kari special, bihun, lemang, ketupat, nasi himpit, buahan-buahan tempatan sebagai pencuci mulut dan air untuk menghilangkan kehausan.
Manakala pada hari Ahad ini 18hb, September 2011 sebuah keluarga Allahyarham Tok Cik Hamid & dan Tok Cik Puteh menjemput anda semua ke majlis jamuan raya bermula jam 11 pagi - 3 petang.
8:38 PM | Labels: berita | 0 Comments
Sembahyang Sunat Aidil Fitri di Kampung Guar Kepayang 2011
Kali ini sembahyang sunat Aidil Fitri di Kampung Guar Kepayang terpaksa dilaksanakan di atas surau tidak di dataran wakaf sepertimana biasa sebab cuaca tidak begitu mengizinkan. Jadi rakaman amat terhad maklumlah sudutnya padat dengan manusia.
Sembahyang diimamkan oleh Mahzani pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah univesiti di Mesir manakala khatibnya pula oleh Ustaz Khairi.
Ramai warga Guar Kepayang yang bekerja di luar pulang berhari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai maka tidak hairan ada wajah-wajar yang jarang kelihatan selama ini. Namun apa pun mereka senantiasa mengikuti perkembangan kampung menerusi 'maiguarkepayang.blogspot.com' iaitu wadah rasmi yang akan memberikan info terkini setiap masa dan detik.
Tahun ini agak bertuah sebab sewaktu turun dari surau sempat merakam hampir keseluruhan warga Guar Kepayang namun gagal merakam golongan muslimat ekoran terlalu sibuk memerhati gelagat, memek muka dan aksi spontan yang menarik ketika bergurau atau bergebang sesama rakan taulan yang jarang bersua muka.
Nescaya Aidil Fitri tahun ini akan mengamit memori terindah anda semua bila kembali ke kampung halaman yang suatu ketika dulu bermain, bersenda dan bersuka ria berlari menaikan wau di batas bendang, panjat pokok keriang atau bergelumang dalam lumpur mencari ikan.
Akhir sekali maaf zahir dan batin...
12:53 AM | Labels: berita | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)







































































