Guru cemerlang Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tasek Gelugor

Ini dia wajah guru cemerlang 2010 bagi Kawasan Tasek Gelugor.  Cikgu Norazah Hashim dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Nurul Iman, Kg Guar Kepayang.  Beliau mula mengajar di sini tahun 2000 di mana sebelum itu berkhidmat sebagai guru kelas pra sekolah di Butterworth sekitar tahun 1998-2000.

Di Pasti ini bukan sahaja bertindak sebagai guru tetapi juga jurulatih bola sepak PASTI dua tahun berturut-turut apabila jurulatih sebenar tiada masa untuk mengadakan latihan praktikal maklumlah latihan dibuat sebelah pagi di mana masing-masing sibuk bekerja.

Tahun ini PASTI Kg Guar Kepayang menjadi johan bola sepak peringkat Parlimen Tasek Gelugor.  Apa lagi gembiralah guru yang bertanggungjawab membawa kemajuan pada Pasti Nurul Iman.

Terimakasih pada guru Zaleha, Jamaah dan Rosnah yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna suatu hari kelak.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger