Malam cabutan pasukan futsal tertutup Guar Kepayang.

Bukan sahaja pemuda malahan golongan veteran juga mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal Tertutup KGK yang julung kali diadakan.. Jangan lepas tu sakit sendi sana sini sudahhhh..

Bukan berebut duit... ini antara reaksi ketika pendaftaran masing-masing nak bayar dulu.

Itu dia Pengarah Program, Saudara Marwan sedang pegang kole... di mana bola kecil bernombor akan dicabut oleh setiap penjaga gol yang akan beraksi nanti.

Tak nampak hebat lagi ketika di padang permainan. Malam cabutan hanya pakai kain tapi nanti bermain huhhh pasti bergaya.

Timbalan Pengarah kejohanan kali ini sedang meneliti senarai nama bimbang ada yang merajuk tak boleh main.

Dah dapat dah senarai pemain semua enam orang satu pasukan... Jangan lebih jika urusetia tahu pasti potong terus nama dari mewakili pasukan.

Cabut jangan tak cabut...

Wahh.. nak jual kacang ke.. banyak duit boleh buat modal berniaga.  Tapi awas jangan pecah amanah buat betul-betul kalau tidak pasti masuk lokap jarang.

Pasukan no 1 tak semestinya merangkul kejohanan yang menawarkan hadiah pertama bernilai jutaan 
ringgit US.  Mungkin pasukan 16 dapat johan boleh bersama terbang ke UK atau Sepanyol berkelah di sana,

Nampak kelam kabut saja.. macam tak puas hati..

Hai.!! nak jadi cikgu ke? bila tulis asyik padam.  Ada saja yang tak kena..

Macam yakin nak menang saja. Seorang tu kenapa tutup muka malu ke??? atau pemain impot.

Gaya persis Awie.. Nak buat persembahan sebelum sepak mula berlangsung.

Hang nampak dak aku pasukan mana?  Takut pasukan aku lembek-lembek pula kalahlah macam ini..Paling bimbang pukul 9.00 pagi depa tak mai lagi tengah tidur..

Kenapa pula ni.. tak terpilih ke atau memang dah ada kad kuning tunggu kad merah saja

Macam berada dibangku simpanan saja tengah tengok rakan sepasukan beraksi.

Wajah serupa.. kembar la tu.Khairul dan Khairil tentu beraksi pantas.

Yang ni juga kembar... Fitri dan Firdaus.  Ramai juga orang Kg Guar Kepayang yang beranak kembar.

Kalau nak bertekak pun jangan di malam cabutan.. Nanti apa kata pemain.

Yang ni pula usahawan muda dari Kg Guar Kepayang, Saudara Azman Shaari yang buat mee sanggul berjenama 'Anak Desa'.

Setiausaha program, Saudara Fauzan berkupiah sedang menerangkan sesuatu pada rakan jawatankuasa.

Cikgu la katakan... dapat kapur dan papan hitam pasti ada saja nak tulis.

Apa tu nampak macam dalam Bursa Saham saja.

Ini dia salah satu pasukan yang akan berentap menentang pasukan lain dalam kejohanan Futsal KGK nanti.

Entah-entah pasukan yang nampak 'cool' ni akan merangkul kejuaraan... siapa tahu.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger