Majlis perpisahan Pengerusi PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang dan jamuan meraikan kemenangan pasukan bola sepak dan bola jaring yang menang termpat pertama pada kejohanan Bola sepak PASTI Tasek Gelugor baru-baru ini

Ketua PAS Cawangan Kampung Guar Kepayang, Ust Salleh Zainudin bersama Pengerusi PASTI baru Nurul Iman, Ustaz Fauzi Haron sempat bergambar sebagai kenangan bersama.
Ini adalah antara hadiah dan cenderahati yang diberikan kepada para guru yang menjadi juru latih bola sepak dan bola jaring, pasukan yang menang serta khas kepada mantan Pengerusi PASTI, Ust Moin Hashim
Berada di tengah merupakan Pengerusi PASTI Nurul Iman yang baru, Ustaz Fauzi Haron.  Beliau akan mengalas tanggungjawab di samping menambah baik lagi prestasi PASTI ini pada masa depan.
Dua orang Jawatankuasa PASTI Nurul Iman tengah berbincang ke atau bertengkar? Semua itu berlaku di belakang tabir tak apa???
Ucapan Ustaz Moin Hashim buat kali terakhir sebagai pengelola PASTI Nurul Iman,  Beliau mengucapkan terima kasih pada keseluruhan Jawatankuasa terutamanya para guru yang setiap kali bertungkus lumus menjayakan majls yang diatur. 
Tentu ada yang menarik disampaikan  oleh Ustaz Moin sehingga ibubapa terpegun mendengar ucapanya.

Pengerusi PASTI yang baru menyampaikan hadiah pada pasukan bola sepak PASTI Nurul Iman yang menang tempat pertama dua tahun berturut-turut.

Tu dia Jurulatih pasukan bola sepak PASTI Nurul Iman, guru perempuan rupanya, Satu kelebihan yang tiada pada PASTI seluruh Pulau Pinang.

PAS Cawangan ucap jutaan terimakasih pada Ustaz Moin kerana menjagai PASTI Nurul Iman dengan elok.
Ini saja yang kami berikan tanda ingatan.


"Lepas ni hang pula jaga PASTI" mungkin itulah yang dikatakan oleh Ustaz Moin kepada Ustaz Fauzi ketika majlis penyerahan tugas.

Pasukan Bola sepak PASTI Nurul Iman terus mantap menang buat kali ke dua berturut-turut kejohanan bola sepak PASTI Tasek Gelugor bergambar dengan ibubapa dan guru yang bertungkus lumus memastikan kecergasan pemain terpelihara untuk mewakili Tasek Gelugor pada ke johanan Bola sepak dan Bola Jaring Periingkat Negeri di Mini Stadium Bertam pada 17hb, April 2011 nanti


Pasukan bola jaring PASTI Nurul Iman juga hebat kerana turut menjadi johan katogari itu pada kejohanan yang diadakan di Padang Bola-Bola Mak Mandin, Butterworth dua minggu lepas.




0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger