Pesta Sukan PASTI Peringkat Negeri Pulau Pinang di Stadium Bertam, Kepala Batas

Eh.. Wah PASTI Nurul Iman, Kampung Guar Kepayang naik nama lagi apabila dua ketogari iaitu penjaring terbanyak dan pemain terbaik dibolot oleh pelajar PASTI kita, adik Mohd Ihsan Khairul Anuar.

Tu dia tengok 'terlengak' duduk atas kerusi sementara namanya diumumkan oleh pengerusi di hari tersebut sekaligus mengharumkan nama PASTI Tasek Gelugor yang berjaya merampas kejuaraan katogari bola sepak daripada PASTI Permatang Pauh yang johan beberapa tahun berturut-turut.

PASTI Tasek Gelugor berjaya mengalahkan PASTI Kepala Batas dengan sepakan penalti 3-2.  Ini bermakna PASTI Tasek Gelugor akan mewakili Negeri Pulau Pinang ke Pesta Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan di Trengganu pada 25 dan 26 Jun 2011 nanti.

Apa pun sekalung tahniah yang tidak terhingga pada pasukan Bola Jaring Tasek Gelugor yang ada antaranya pelajar PASTI Nurul Iman berjaya menduduki tempat kedua setelah tewas 5-3 di tangan PASTI Kepala Batas.

Untuk memberikan ransangan Jawatankuasa PASTI Nurul Iman semalam telah memutuskan akan mengadakan satu rombongan 'bas' ke sana pada 24hb, Jun 2011 bertolak jam !0.00 malam.
 
Tetapi rombongan berkenaan tidaklah pergi menonton 100 peratus pertandingan tersebut kerana yang pergi semuanya hendak melawat dan beli belah di sekitar Trengganu dan Kelantan.  Jadi kepada sesiapa yang berminat silalah daftarkan nama segera kepada Saudara Anuar, Sabri mahupun guru PASTI di waktu persekolahan mulai hari ini.





0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger