Haji Hasan Tok Siak Surau kena Strock.


Pak Teh Hasan atau nama sebenarnya Haji Hasan Othman yang bertugas sepenuh hati sebagai Tok Siak Surau Kampung Guar Kepayang kini terlantar di rumahnya bersebelahan sekolah Agama Rakyat Tarbiyatul Bani Nawal Bani sejak seminggu lalu akibat 'storck'.

Menurut cerita anaknya, seorng guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Cikgu Zaleha ayahnya bangun untuk membuang air kecil sekitar pukul 11.30 malam Isnin lepas namun tiba-tiba terjatuh dan kemudianya di bawa ke Hospital Seberang Jaya beberapa hari.

Kini beliau telah kembali ke diamanya dan di bawa oleh anaknya setiap pagi pergi mengurut anggota sebelah kiri yang gagal berfungsi.

Insya Allah semua penduduk berharap kesihatanya kembali pulih seperti sediakala untuk berkhidmat sebagai Muazim di surau berkenaan.  Kini suaranya tidak lagi kedengaran melaungkan azam setiap kali masuk waktu solat.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger