Kereta siapa ni.. tersadai bersebelahan surau.

Sesiapa yang memasuki Guar Kepayang tertentunya tidak perasan sebuah kereta Proton WAJA bernombor pendaftaran PEY 3931 dah lama tersadai berhadapan surau,  Nak kata kereta orang kampung ni tentu pelik fasal apa tak parking di rumah sendiri sebaliknya lebih suka membiarkan kenderaan tersebut memandikan embun, hujan atau berpanas terik serta dilanda angin sejuk setiap malam.

Ni .... pasti ada yang tak kena. bimbang juga kepunyaan orang jahat yang jadikan kenderaan itu sebagai kaki larikan diri dari buruan polis.  Tapi kalau pandang dua kali nampak parkingnya sangat cantik elok dan kemas macam tinggal sementara untuk pergi bersama kawan-kawan samada memancing ke... pilihanraya kecil ke.. atau memang nak bagi orang tengok sebelum dijual.

Ada juga cadangan sesetengah penduduk apa salahnya daripada membiarkanya buruk begitu sahaja lebih baik wakafkan sahaja kereta berwarna hijau kelabu tu.pada surau atau Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dapat juga pahala di akhirat kelak.

Ada juga yang memberi masa cukup dua minggu baru nak buat laporan polis kerana bimbang kenderaan itu ada tuanya yang barangkali pergi jauh merantau cari dara pujaan macam cerita 'Musang Berjanggut' lakunan Tan Sri P. Ramlee yang membawa bekalan bercampur baur antara beras, cabai kering, bawang, garam, bunga cengkih dan bunga lawang.

Mungkin belum berjumpa mana boleh balik takut dimurka ayahanda yang memberi tempuh 100 hari mencari pasangan untuk dikahwinkan.

Pelik sungguh kereta siapa agaknya????????????????.


0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger