Pasukan Bola Sepak PASTI Guar Kepayang 2010 johan peringkat Kawasan Tasek Gelugor

Tu dia...penyerang Guar Kepayang FC yang mewakili Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Iman, Guar Kepayang, Mohamad Ikhsan berjaya melepasi kubu PASTI Padang Menora.

Aiman salah seorang penyerang PASTI Guar Kepayang FC berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika menentang PASTI Permatang Tok Jaya.  Kita menang 2-1.

Suasana di Padang Futsal 'Bola-Bola' di Mak Mandin, Butterworth yang menjadi sejarah bagi PASTI Guar Kepayang FC tahun 2010.

Suasana kalut depan pintu gol lawan.  PASTI Guar Kepayang FC akhirnya menang di semua pertemuan.  Bermula dengan 8-0 belasan PASTI Permatang Tok Gelam.

Semangat kesukanan yang tinggi ditunjukan oleh pelajar PASTI di Tasek Gelugor bila selepas bermain semua bersalaman.

Pujian harus diberikan kepada pertahanan PASTI Guar Kepayang FC kerana ketiganya iaitu Amirul Zahran, Adam dan Mujahid Zainol Abidin bekerja keras menghalang kemaraan pasukan lawan.  Mereka dapat mematahkan serangan lawan dengan mudah sehingga PASTI Guar Kepayang FC berjaya merampas kejuaraan daripada PASTI Sungai Dua dengan jaringan 2-0.

Syabas kepada orang kuat PASTI Guar Kepayang FC, Azrul Hizam kerana berjaya melatih anaknya sehingga berjaya menyumbat 16 gol sekaligus menjadi penjaring terbanyak perlawanan.

Kelihatan Juru latih PASTI Guar Kepayang FC, Cikgu Nor Azah Hashim senyum lebar bila anak muridnya diumumkan menang dengan jaringa 2-0.

Alamak... pecah rahsia kejayaan PASTI Guar Kepayang FC. Setiap lepas permainan guru terutamanya Cikgu Rosnah akan menyuapkan semulut makanan untuk meningkatkan kecergasan pemain.

Apa pun sekalung tahniah kepada pasukan Bola Jaring PASTI Guar Kepayang walaupun kalah namun tetap ceria senantiasa.

Kesimpulan
Hari ini 18hb, April 2010 seluruh warga Kampung Guar Kepayang harus berbangga kerana PASTI Guar Kepayang FC berjaya menjadi Johan Bola Sepak PASTI Kawasan Tasek Gelugor apabila berjaya merampas piala pusingan yang dimenangi oleh PASTI Sungai Dua tahun lalu.

Untuk maklumat anda tahun sudah pertandingan akhir juga menyaksikan dua pasukan terhebat seperti hari ini yang mana PASTI Sungai Dua menewaskan PASTI Guar Kepayang FC dengan tendangan palnalti.

Kami Jawatankuasa PASTI Nurul Iman mengucapkan syabas kepada pemain cilik terutamanya guru yang bertungkus lumus melatih pelajar setiap pagi di medan wakaf hadapan surau.

Kemenangan 2-0 hari ini memberikan harapan baru kepada pemain untuk terus bangkit menjulang piala peringkat negeri kelak.  Insya Allah...

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger