Pesawah mula sibuk bajak sawah musim baru tahun 2010

Walaupun ada lagi tanah sawah sekitar Kampung Guar Kepayang masih belum dimasuki air namun kerja pembajakan sudah bermula sessi 2010.
Inilah kreativiti penduduk Kampung Guar Kepayang.  Kubota bukan saja berpayung tapi ada kerusi di mana pemandunya boleh 'relax' sambil bekerja

Rosak lagi!!! Barangkali itulah yang diperkatakan oleh tiga anak muda yang sedang mengerjakan tapak baru sebelum  menabur terus benih pada ke petak sawah.

Kubota buat kacau lagi!!!!. Sambil duduk bersila saja Haji Don membaiki kubota yang rosak sambil dibantu oleh anaknya.

Minat memancing ikan tidak kira ikan puyu, haruan dan sebagainya menjadi budaya sebahagian golongan wanita veteran pada sebelah petang.

 Terima kasih Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana mengorek taliair yang terletak di belakang Kampung Guar Kepayang.  Mudah-mudahan senang petani membuang air dari petak sawah bilamana air terlampau banyak sehingga boleh menengelamkan anak padi setelah proses menabur terus benih dilakukan.

Salah seorang Pahlawan Cangkul merasa lega proses menyamakan tanah sawah selesai dibuat.  Apa lagi sehari dua lagi bolehlah rendam benih.

Jangan bazirkan tenaga Pak Cik!!!.. jenterakan dah ada...

Mungkin suasana sebegini mengembalikan kenangan lalu pada anak perantauan..



SUASANA TERKINI KAMPUNG
_________________________________

Sekarang ini para petani di Kampung Guar Kepayang agak sibuk mengerjakan sawah kembali setelah tiga bulan tidak dapat turun sawah untuk sessi baru 2010 akibat kemarau yang agak panjang.
Jadual Jabatan Parit dan Saliran (JPS) pada mulanya dikatakan akan memberi air bagi merancakan usaha pembajakan pada pertengahan bulan Mac lalu terpaksa ditarik balik sebab kekurangan air untuk kegunaan minuman.

Namun Alhamdullilah... sejak dua minggu lalu hujan mula turun lebat terutamanya pada sebelah petang dan malam.  Inilah yang dimahukan petani untuk meneruskan usaha berbakti pada negara selain meningkatkan produktiviti tanaman nanti.






0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger